Muhammad Shuhaimi & Suhaila |
Pada tanggal 18 Disember yang lalu, selesailah sudah majlis pernikahan 2 adik lelaki aku yang dijalankan secara serentak dalam masa yang berlainan pada hari yang sama. Adikku yang kedua, Muhammad Shuhaimi B. Abdullah dan pasangannya Shuhaila Bt. Abd Rashid telah dinikahkan di Masjid Alor Pongsu, Perak pada jam 9.30 pagi dengan sekali lafaz. Syukur Alhamdulillah telah selamat pernikahan mereka yang pada awalnya merancang dinikahkan pada 19 Disember, namun disebabkan Tuan Kadi yang menikahkan mereka mempunyai masalah pada hari esoknya maka diawalkan sehari. Namun semuanya berjalan dengan lancar.
Mohammad Noor & Nurulhuda |
Add caption |
Emak dan ayah aku pulak dan dapat 3 orang menantu perempuan dalam setahun, pergghhh…memang hebat keluarga aku. Semuanya serba pantas dan cepat. Aku bernikah pada bulan Februari yang lalu dan sekarang isteri aku, Haslinda Bt. Dzulkefli sedang sarat mengandung 6 bulan anakku yang sulung. Hati mana yang tak seronok dapat melihat segala perkara yang dirancang berjalan dengan lancar. Aku tengok air muka emak dan ayah aku pun dah tahu betapa mereka gembira dengan rezeki yang melimpah ruah kurnian Tuhan, Syukur Alhamdulillah.
Persandingan adikku yang kedua, Muhammad Shuhaimi pula akan dilansungkan pada tarikh dan hari yang berlainan iaitu pada 1 Januari 2011 nanti. Angah aku ni suka memilih tarikh 1, dia bertunang pada 1 Mei 2010 dan berkahwin juga pada 1 haribulan, tapi nikah je 18hb, tapi masih ada 1 kan...hehe :-D. Tak kisahlah, janji semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Dan Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada 30hb Januari 2011. Majlis perkahwinan 4 pengantin yang aku rasakan nanti cukup meriah dan paling bermakna sekali bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi juga kepada kedua ibubapaku. Jadi segala persiapan telah dirancang dan barang-barang perkahwinan juga telah ditempah lebih awal. Insyaallah ramalan kaji cuaca juga mengatakan pada hari itu cuaca tidak terlalu panas dan tidak pula berlaku hujan, mendung berarak lalu la katakan..
Aku pulak ada belek-belek calendar, rupa-rupanya selepas majlis pihak lelaki nanti selang 2 hari selepas itu rupanya Tahun Baru Cina iaitu 3 & 4 Februari iaitu hari Rabu dan Khamis. Jika tak silap perkiraan aku, cuti sekolah selalunya seminggu dan aku rasakan tarikh aku balik ke Bentong, Pahang untuk menguruskan majlis disebelah lelaki nanti aku dapat bercuti lama. Baguih jugak la kalu macam tu, boleh aku tolong mana-mana yang patut. Sebagai anak yang paling sulung aku mesti membantu kedua ibubapaku, lagi-lagi nak buat majlis besar macam ni kan. Isteri aku pulak sempoi je, mesti dia dapat cuti jugak kan, tapi aku tak nak bebankan dia buat kerja-kerja berat. Lagipun isteri aku masa tu dah 7 bulan, mesti banyak berehat dan jangan buat kerja berat-berat. Malam 30hb hari bulan tu pulak aku dan isteri aku dah merancang nak buat kenduri Doa Selamat untuk isteri aku, semoga persiapan untuk menyambut kelahiran bayi aku nanti berjalan lancar dan selamat. Kenduri doa selamat itu juga untuk meraikan pasangan pengantin. Memang meriah dan aku akui inilah yang dikatakan adat orang Melayu yang penuh dengan simbolik keagamaan dan kesejahteraan. Memang yang baik itu dituntut sangat oleh Islam yang sentiasa menggalakkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi perkara-perkara mungkar. ‘Amal Makruf Nahi Mungkar’…