Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..
Sudah terlalu lama rasanya aku tak update apa2 info dalam blog aku ini. Pelbagai perkara dan peristiwa berlaku sepanjang tahun 2015. ada yang pahit dan ada yang paling manis. dan semestinya yang paling manis ialah kelahiran anakku yang kedua yang juga merupakan putera sulung bagi family aku.
Lahir pada 12 November 2015 pada jam 6.03 pagi hari khamis, isteri aku selamat bersalin anak lelaki dengan aku sekali bersama di Labour Room. Pengalaman pertama kali teman isteri bersalin, masa anak pertama suami tidak dibenarkan teman. tapi kali ni DIGALAKKAN sesangat suami meneman isteri bersalin. Bagi yang mengaku suami yg hebat, cabar diri untuk menjadi meneman setia saat isteri bersalin, baru korang tahu betapa seksanya orang perempuan ni bersalin. Berat anakku yang kedua ni 3.80kg, kuss semangat... Dan aku dan isteri sepakat untuk menamakan hero aku ni dengan nama MUHAMMAD WAFIQ UKAIL BIN MUHAMMAD SHAHRIL. Kakaknya Qisya Nur Maisara punye sayang dengan adik dia, saat pertama berjumpa punyelah seronok n happy. dengan aku dia tak kisah dah, kalu adik dia start menangis dia lah yg tolong pujukkan, pandai kakak qisya. Maksud nama anak aku, mengikut maknanya ialah 'yang terpuji, berjaya, pintar, bijak dan pandai'. InsyaAllah dengan nama yg baik, dengan berkat doa ibubapanya, pasti anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Aamiin..
Orait sekian sahaja, jumpa lagi. Good bye!!