Tuesday, December 21, 2010

Hari Bersejarah Buat Keluargaku...

Muhammad Shuhaimi & Suhaila
Pada tanggal 18 Disember yang lalu, selesailah sudah majlis pernikahan 2 adik lelaki aku yang dijalankan secara serentak dalam masa yang berlainan pada hari yang sama. Adikku yang kedua, Muhammad Shuhaimi B. Abdullah dan pasangannya Shuhaila Bt. Abd Rashid telah dinikahkan di Masjid Alor Pongsu, Perak pada jam 9.30 pagi dengan sekali lafaz. Syukur Alhamdulillah telah selamat pernikahan mereka yang pada awalnya merancang dinikahkan pada 19 Disember, namun disebabkan Tuan Kadi yang menikahkan mereka mempunyai masalah pada hari esoknya maka diawalkan sehari. Namun semuanya berjalan dengan lancar.
Mohammad Noor & Nurulhuda
Pada sebelah petangnya pula, adik lelakiku yang ketiga iaitu Muhammad Noor B. Abdullah dan pasangannya Nurulhuda Bt. Ahmad Zaki juga melansungkan majlis pernikahan mereka di Masjid Sg.Dua, Pulau Pinang. Majlis pernikahan dilansungkan selepas waktu Asar iaitu jam 5.30 petang. Juga dengan sekali lafaz seperti mana abang long dan abang ngahnya lakukan, adikku yang lebih mesra dengan panggilan Dee selamat dinikahkan dengan pasangannya. Wah!, dalam satu hari adik dapat 2 orang adik ipar. Isteri aku pulak dapat 2 orang Biras sekali gus (Teringat aku cerita Ahmad Albab lakonan P.Ramlee, ‘Ente bukan orang lain, ente ana punya Beras,! ‘Biras’ dengan cepat diperbetulkan oleh Saloma) Hehehe… Sekadar mencuit hati sahaja.
 
Add caption
Emak dan ayah aku pulak dan dapat 3 orang menantu perempuan dalam setahun, pergghhh…memang hebat keluarga aku. Semuanya serba pantas dan cepat. Aku bernikah pada bulan Februari yang lalu dan sekarang isteri aku, Haslinda Bt. Dzulkefli sedang sarat mengandung 6 bulan anakku yang sulung. Hati mana yang tak seronok dapat melihat segala perkara yang dirancang berjalan dengan lancar. Aku tengok air muka emak dan ayah aku pun dah tahu betapa mereka gembira dengan rezeki yang melimpah ruah kurnian Tuhan, Syukur Alhamdulillah.

Pada hari esoknya pula, 19 Disember 2010 dilansungkan terus Majlis Bersanding adikku Muhammad Noor dan Nurulhuda dengan bertemakan warna orange. Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna. Seronok tengok adik aku Dee dengan Nurul bersanding atas pelamin. Teringat aku masa aku bersanding 9 bulan dulu, duduk je atas pelamin mesti kena senyum je! Pesan mak andam, ‘Baru nampak seri Raja Sehari’ tambahnya lagi. Lepas Makan Damai, semua kaum keluarga, sanak saudara yang bersama-sama rombongan pihak lelaki bergambar bersama pengantin. Ramai jugak yang bersama rombongan, lebih kurang 9 buah kereta yang kebanyakkan datang dari Pahang. Maklumlah kan, 2 pasangan pengantin sekaligus, mesti nak meriah dan bersama meraikan pengantin. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik keluarga sebelah emak aku kebanyakkan mereka dapat datang dan memang tak segan silu untuk bergambar. Selepas satu keluarga satu keluarga bergambar dengan pengantin. Keluarga sebelah emak dan ayah aku memang ramai, walaupun hanya 10 keluarga daripada 13 orang adik-beradik tetapi meriahnya umpama pergi menonton perlawanan bola sepak. Inilah dikatakan keluarga yang besar, satu pertalian yang tak akan putus sehingga ke anak cucu.
Persandingan adikku yang kedua, Muhammad Shuhaimi pula akan dilansungkan pada tarikh dan hari yang berlainan iaitu pada 1 Januari 2011 nanti. Angah aku ni suka memilih tarikh 1, dia bertunang pada 1 Mei 2010 dan berkahwin juga pada 1 haribulan, tapi nikah je 18hb, tapi masih ada 1 kan...hehe :-D. Tak kisahlah, janji semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Dan Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada 30hb Januari 2011. Majlis perkahwinan 4 pengantin yang aku rasakan nanti cukup meriah dan paling bermakna sekali bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi juga kepada kedua ibubapaku. Jadi segala persiapan telah dirancang dan barang-barang perkahwinan juga telah ditempah lebih awal. Insyaallah ramalan kaji cuaca juga mengatakan pada hari itu cuaca tidak terlalu panas dan tidak pula berlaku hujan, mendung berarak lalu la katakan..
Aku pulak ada belek-belek calendar, rupa-rupanya selepas majlis pihak lelaki nanti selang 2 hari selepas itu rupanya Tahun Baru Cina iaitu 3 & 4 Februari iaitu hari Rabu dan Khamis. Jika tak silap perkiraan aku, cuti sekolah selalunya seminggu dan aku rasakan tarikh aku balik ke Bentong, Pahang untuk menguruskan majlis disebelah lelaki nanti aku dapat bercuti lama. Baguih jugak la kalu macam tu, boleh aku tolong mana-mana yang patut. Sebagai anak yang paling sulung aku mesti membantu kedua ibubapaku, lagi-lagi nak buat majlis besar macam ni kan. Isteri aku pulak sempoi je, mesti dia dapat cuti jugak kan, tapi aku tak nak bebankan dia buat kerja-kerja berat. Lagipun isteri aku masa tu dah 7 bulan, mesti banyak berehat dan jangan buat kerja berat-berat. Malam 30hb hari bulan tu pulak aku dan isteri aku dah merancang nak buat kenduri Doa Selamat untuk isteri aku, semoga persiapan untuk menyambut kelahiran bayi aku nanti berjalan lancar dan selamat. Kenduri doa selamat itu juga untuk meraikan pasangan pengantin. Memang meriah dan aku akui inilah yang dikatakan adat orang Melayu yang penuh dengan simbolik keagamaan dan kesejahteraan. Memang yang baik itu dituntut sangat oleh Islam yang sentiasa menggalakkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi perkara-perkara mungkar. ‘Amal Makruf Nahi Mungkar’…
‘Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan’… Insyallah segala yang baik itu sentiasa menjadi rukun dan amalan dalam hidup kita. Aku juga nak mengambil kesempatan ini mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat adikku Muhammad Shuhaimi dengan Shuhaila dan Muhammad Noor dengan Nurulhuda. Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal sehingga ke alam Syurga, insyallah. Inilah sedikit coretan dari ceritaku. Ada masa nanti aku bercerita lagi dalam My Cerita. Sekian Terima Kasih..
ROMBONGAN PIHAK LELAKI bergambar kenangan bersama kedua mempelai.