skill takkan hilang...
Apam Balik Karak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada kali ini saya
ingin sangat-sangat menceritkan sedikit sejarah keluarga terutama berkaitan
dengan sejenis makanan tradisional orang Melayu ayang amat popular di Pahang
iaitu di Karak. Bila sebut sahaja Apam Balik Karak, penduduk sekitar Bandar
Karak sejak dari zaman Merdeka lagi tahu tentang asal usul dan legasi
keluarganya.
Baiklah, tak sabar nak dengar cerita kan! Ok, kita
mulakan dahulu dengan Bismillah...hehe. Sabar, jangan la marah.
Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan
petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Kini terdapat pelbagai perisa
seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan
panas-panas (www.wikipedia.com).
Bahan tepungnya
dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti,
dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar,
kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang
sesuai. Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-Apam balik tradisional:
Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.Apam balik
keropok: Merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup
seperti keropok (www.wikipedia.com).
Bagi aku pula, Apam Balik merupakan sejenis makanan
tradisional bagi orang Melayu, dengan bentuk asalnya sekitar saiz 4.5-6 inci saiz
nipis dan 10-13.5 inci bagi saiz besar dan mempunyai bahan-bahan (ingredient)
yang ringkas seperti tepung, gula, kacang dan mentega. Pada zaman moden ini dah
banyak saiz apam balik ada dan ditambah lagi dengan pelbagai bahan seperti
jagung, kacang merah, jelly, coklat dan sebagainya, perisa-perisa tambahan
serta saiz yang pelbagai. Korang semua boleh cari sendiri la apam-apam balik
moden sekarang ni, siap buat polka dot lagi bagi sesetengah peniaga. Tp bukan
perkara itu yg aku nk ceritakan disini, tetapi lebih kepada bagaimana
popularnya Apam Balik Karak ni, sehingga ‘kepopularannya’ (betul ke ayat aku
ni?) tersebar sehingga ke Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan. Nampak kecik
jaraknya, tp amat hebat bagi sejenis kuih yang ringkas makananya tapi sedap
hingga menjilat jari...
Apam Balik Karak mula dibuat oleh Allahyarham Omar Bin
Salleh yg merupakan Atuk aku (sebelah emak) yang berasal dari Sumatera,
Indonesia, berketurunan Minang dan mula menetap di Tanah Melayu sekitar tahun
1931 di Chenderong Balai, Hilir Perak, Perak. Kemudian arwah atuk aku merantau,
bekerja sebagai kelasi kapal dan ntah macam mana boleh menetap di Pahang pulak
(Ada ceritanya, tp aku ringkaskan aje k). Beliau memulakan menjual apam balik
pada waktu itu sekitar jam 4.00pg hingga 10.00pg setiap hari dan sasaran
pelanggan pada waktu ialah mereka-mereka yang bangun pagi nk pergi bekerja,
nyonya-nyonya dan apek-apek yg nak pergi menoreh getah dan budak-budak sekolah. Jual
sekeping apam balik masa tu tak mahal, hanya 1 sen, tp besar nilainya pada waktu
itu. Masa itu setahu aku arwah atuk aku ni berniaga apam balik dengan gunakan
minyak tanah sebagai bahan bakar dan lampu pelita yg kena pam tu. Masa aku
kecik2 dulu pernah tengok pelita tu (korang pernah tengok tak?, lebih kuarang
mcm tu la). Dengan hasil duit berniaga apam balik tu lah, arwah atuk aku
menyara keluarga yang besar (13 orang anak semuanya) dan ibu aku (anak ke-7) sehingga
dewasa. Sebut sahaja Omar Apam Balik, seluruh Karak & Bentong tahu siapa
keluarga dan anak-anak dia. Tentang keluarga yg ini aku cerita lain kali k.
Dan penolong atuk aku berniaga masa itu ialah Pak Ngah
aku bersama Saleh Bin Omar. Setahu aku pak ngah aku ni menjadi assistant tetap
atuk aku sejak dia berumur 10 tahun, dialah yg tolong bancuh n tolong bawak ke pekan
karak setiap hari untuk berniaga. Selepas itu, habis sahaja sekolah, Pak Ngah
aku terus buat kerja jual apam balik ini sehingga tahun 2007 (lebih kurang
dalam 40 tahun berniaga apam balik ni). Kira orang karak panggil Pak Ngah aku Master Apam Balik, rasa apam balik tetap sama macam arwah atuk aku buat. Bahan-bahan
yg tidak pernah diubahsuai dan sedap dan bestnya tak payah cakap la, korang tanya
la sapa-sapa yg pernah makan apam balik karak. Memang kecur beb, teringat gula,
kacang n mentega yg ada dalam lapisan apam balik dengan kulit tepungnya yg rangguppp
giler, perrrgghhh...memang terliour cair maiirr aku habaq hang...hehehe.
Buat apam balik memerlukan tenaga yg tinggi sebab perlu
berdiri dalam 4-5 jam sehari dengan tangan tak pernah stop berhenti (sebab
memasak dengan 6 kuali). Pak Ngah aku berniaga petang sekitar jam 1.30 petang
hingga 4.30 petang (bancuhan tepung dalam 4kg). Disebabkan masa tu jual depan
Masjid Karak, ramai pelanggan terlepas dan tak sempat beli sebab dah sold out. Ramai
jugak yg mengeluh dan bising, cepatnya habis apam balik karak ni! Pernah ketika
aku tolong pak ngah aku berniaga (tahun 2000, masa tu aku baru habis SPM, so tak buat apa jd assistant pak ngah aku) ada costumer
datang dari KL ke Karak semata-mata nak beli apam balik utk makan waktu petang-petang.
Pastu beli pulak bukan sedikit, dalam rm20-30 ringgit sekaligus (masa tu jual
apam balik 3keping/RM1.00 dalam tahun 1998-2007, korang kira la berapa keping).
Bila dan order byk mcm tu, pak ngah aku mula la kelam kabut. Yg order tetap
menunggu, yg baru sampai dan nk order terpaksa minta short cut sebab beli 3
keping je. Dan pada masa tu la aku dengan sendirinya menawarkan diri masak apam
balik sebab aku tengok pak ngah aku dan berpeluh-peluh lejun satu badan. Sekejap
je aku belajar, terus pandai memasak apam balik ni, cuma nk kena mahir control api je. Sebab kalau
kuali terlalu panas, kulit apam balik akan jadi ‘sopak’ dalam bahasa aku. Kira tak
cantik laa nampak!!..........
Habis SPM aku tolong berniaga dengan Pak Ngah aku, masa tu
aku dgn pak ngah aku buat join venture, pak ngah aku masak tepung 4kg, aku
sambung 4kg lagi dengan modal masing-masing, maknanya sambung masak dengan
bancuhan yg baru. Masa tu, duit belanja aku belajar dari jual apam balik tu jgk
la boleh tolong sikit-sikit ayah dan emak aku. Sebagai anak yg paling sulung,
wajib bagi aku membantu keluarga. Habis STPM aku berniaga jugak apam balik
sementara menunggu tawaran belajar. Tahun 2003 aku sambung belajar kat USM,
Pulau Pinang. Masa tu ramai jgk yg bising, kenapa anak sedara Pak Saleh tak
sambung masak apam balik lg mcm dulu, ramai yg tak dapat dan berebut nk beli.
Masa tu aku belajar, so takde sapa yg menolong. Tapi bila time cuti semester,
aku bancuh balik tepung. Aku tak malu berniaga apam balik ni, malah aku bangga meneruskan bisnes keluarga ni. bak kata org Melayu 'mana tak tumpahnya kuah kalu tidak ke nasi', tak gitu kawan-kawan!!!!!....Masak apam balik ni tak memerlukan skill yg terlalu
tinggi, just kena mahir dengan kepanasan kuali dan bancuhan tepung, itu sahaja.
Bila habis belajar kat USM, aku sambung pulak kat UPSI (tahun 2007). Kena stop
lagi masak apam balik, pak ngah aku pulak memang dah tak berdaya dah masak
byk2, cukup 4kg sehari, habis balik rumah. Berdiri lama-lama ni, ‘makan’ lutut,
sakitnya sampai sekarang, dengan aku-aku sekali ada sakit lutut. Tapi aku ni
aktif sikit, habis berniaga terus pi main takraw, so takde lah sakit sangat. sikit-sikit je...
Pada tahun 2008, setelah hampir setahun tamat belajar (tp
aku tak menganggur, jual apam balik masa ni). Aku ditawarkan menjadi Guru di
Sekolah Sukan Bandar Penawar (sekarang Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail),
maka terpaksalah aku ambil ‘pencen’ berniaga apam balik ni. Pak Ngah aku pulak
dah tak larat nk berniaga, sakit lutut. So, takde siapa nak buat. Tp tiba-tiba
Pak Ngah aku teringatkan adik ipar dia yg paling bongsu, Mak Cu Atie (Nama
sebenar Hayati) yg tinggal di Desa Damai, Bentong Pahang teringin nak berniaga
apam balik ni. Lagipun mak cu aku tu tidak bekerja, so boleh la tambah
pendapatan. Sehingga sekarang (sehingga 2013 semasa cerita ini ditaip) mak cu
aku lah yang meneruskan legasi keluarga apam balik karak ni.
Aku kekadang balik
cuti sekolah tolong2 jgk berniaga, jangan sampai hilang skill cukup laaa..yg
penting rasa dan bahan-bahan tetap sama sejak dari arwah atuk aku, pak ngah
aku, aku dan makcu aku keluarga Omar Apam Balik tak akan putus ikonnya.
Begitulah serba sedikit ttg kepopularan apam balik karak ini. So, sapa-sapa yang teringin nak makan apam balik karak ni boleh la datang ke pekan karak, berhadapan dengan Masjid Karak, ada kawasan peniaga-peniaga kecil berniaga kat situ. Sekarang disebabkan harga gula, kacang, tepung dan marjerin dah mahal, mak cu aku jual sekeping 50 sen bg yg nipis dan rm1.00 bg yang tebal. Saiz tetap sama iaitu 6 inci dengan menggunakan kuali tembaga apam balik sejak dari zaman arwah atuk aku lg (lebih tua usia kuali tembaga tu daripada usia aku ni).
Kesedapan apam balik karak memang tidak boleh dinafikan. Itulah serba sedikit coretan aku pada kali ini. Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca. Insya Allah lain kali cerita lagi... Wasssalam
Begitulah serba sedikit ttg kepopularan apam balik karak ini. So, sapa-sapa yang teringin nak makan apam balik karak ni boleh la datang ke pekan karak, berhadapan dengan Masjid Karak, ada kawasan peniaga-peniaga kecil berniaga kat situ. Sekarang disebabkan harga gula, kacang, tepung dan marjerin dah mahal, mak cu aku jual sekeping 50 sen bg yg nipis dan rm1.00 bg yang tebal. Saiz tetap sama iaitu 6 inci dengan menggunakan kuali tembaga apam balik sejak dari zaman arwah atuk aku lg (lebih tua usia kuali tembaga tu daripada usia aku ni).
Kesedapan apam balik karak memang tidak boleh dinafikan. Itulah serba sedikit coretan aku pada kali ini. Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca. Insya Allah lain kali cerita lagi... Wasssalam