Salam. Kali ni aku nak bercerita tentang filem Ngangkung yang sekarang sedang ditayangkan di pawagam. Pada minggu lepas, hari ahad aku mengajak isteriku pergi ke Melaka, saja berjalan-jalan sambil makan angin kat sana. Aku bertolak dari rumah di Tangkak pukul 11.00 pagi dan sampai di Melaka lebih kurang 12.00 tengahari dan terus ke Mahkota Parade. Sambil pusing-pusing kat situ ternampak la Lotus Five Star (LFS) iaitu sebuah panggung wayang. Tengok list filem yang paling terdekat waktu tu ialah filem Ngangkung dan The Narnia, kedua-duanya pukul 2.00 petang. Aku bertanya pada isteriku, "cerita yang mana satu nak tengok yang"?. Isteri aku pun cakap "ikut abang la yea, ayang ikut je!". Hmm, mana satu yang best ek?. Narnia filem kanak-kanak dan imaginasi, boleh je layan. Filem Ngangkung pulak cerita Melayu yang aku fikir ntah apa-apa ntah. Lama jugak aku berfikir, last2 aku beli jugak Ngangkung coz dalam surat khabar, bukan main lagi GEMPAK promosi filem ni. Lagipun aku yakin, filem ni tak seseram mana coz trendnye komedi lawak. Pelakon-pelakon pun muka-muka lawak semuanya.
Tepat pukul 1.55 petang aku dah masuk panggung, siap beli pop corn dan ice lemon tea lagi. Masuk je, lcd dah mula tayangkan iklan filem-filem yang akan datang seperti Tron, Khurafat dan Aku Masih Dara (semua ni korang tahu kan bila masuk wayang, mesti ada iklan kan...). Start je filem Ngangkung aku dah mula tak senang duduk, mana tak yea terus je ada adegan ngangkung depan perigi buta. Lepas habis je Wak Jawa tu baca jampi serapah, keluarlah hantu perempuan dari dalam perigi. Memang syok juga sebab hantu buat lawak coz pegang buah dada Angah Raja Lawak yang tembam tu, pastu bagi makan kacang kat Azad Jazmin. Memang lawak masa tu sampai anak-anak dara yang duduk kat belakang aku sampai hilang malu nak gelak sampai tertendang-tendang kerusi aku. Mengenangkan aku bawak isteri aku je, kalu tak dah tentu aku melenting.
Dalam 15 minit pertama filem ni memang kelakar habis dan penuh dengan lawak kering punye. Selepas itu, iramanya dah mula slow. Aku mula rasa boring, plot cerita memang dah melalut dan macam-macam elemen kemanusiaan yang diaorang nak tonjolkan. Pinjam along la, pukul anak isteri la, jumpa doktor nak gugurkan kandungan la. Cerita yang awal tadi penuh dengan gelak ketawa dah mula boring. Aku mula la tak puas hati, mula la aku fikir ini ke filem Melayu yang kononnya dah mencecah 6 juta dalam tempoh 3 hari tayangan? Aku bosan dengan jalan cerita pertengahan hingga akhir filem ni, terlalu melalut dan takde humor lansung dah. Plot cerita terputus-putus dan macam caca marba je buat filem. Dengan hati yang mula panas dan menyampah ni, nak je aku keluar coz dah boring sangat dah. Tapi rugi jugak coz aku bayar RM20 untuk 2 keping tiket, kalu tak tengok sampai habis membazir namanye. Nak tak nak aku layan je la sampai habis. Keluar je panggung, aku dapat dengar suara-suara tak puas hati tengok filem ni. "MEMBOSANKAN"!, "Lepas ni kalu ada filem Melayu lagi kat pawagam, malas dah aku nak tengok, baik beli DVD cetak rompak lagi puas hati". Betul, aku memang tak puas hati tengok filem macam ni. Ni la dikatakan filem Melayu. "Filem Kita Wajah Kita".