Tuesday, December 21, 2010

Hari Bersejarah Buat Keluargaku...

Muhammad Shuhaimi & Suhaila
Pada tanggal 18 Disember yang lalu, selesailah sudah majlis pernikahan 2 adik lelaki aku yang dijalankan secara serentak dalam masa yang berlainan pada hari yang sama. Adikku yang kedua, Muhammad Shuhaimi B. Abdullah dan pasangannya Shuhaila Bt. Abd Rashid telah dinikahkan di Masjid Alor Pongsu, Perak pada jam 9.30 pagi dengan sekali lafaz. Syukur Alhamdulillah telah selamat pernikahan mereka yang pada awalnya merancang dinikahkan pada 19 Disember, namun disebabkan Tuan Kadi yang menikahkan mereka mempunyai masalah pada hari esoknya maka diawalkan sehari. Namun semuanya berjalan dengan lancar.
Mohammad Noor & Nurulhuda
Pada sebelah petangnya pula, adik lelakiku yang ketiga iaitu Muhammad Noor B. Abdullah dan pasangannya Nurulhuda Bt. Ahmad Zaki juga melansungkan majlis pernikahan mereka di Masjid Sg.Dua, Pulau Pinang. Majlis pernikahan dilansungkan selepas waktu Asar iaitu jam 5.30 petang. Juga dengan sekali lafaz seperti mana abang long dan abang ngahnya lakukan, adikku yang lebih mesra dengan panggilan Dee selamat dinikahkan dengan pasangannya. Wah!, dalam satu hari adik dapat 2 orang adik ipar. Isteri aku pulak dapat 2 orang Biras sekali gus (Teringat aku cerita Ahmad Albab lakonan P.Ramlee, ‘Ente bukan orang lain, ente ana punya Beras,! ‘Biras’ dengan cepat diperbetulkan oleh Saloma) Hehehe… Sekadar mencuit hati sahaja.
 
Add caption
Emak dan ayah aku pulak dan dapat 3 orang menantu perempuan dalam setahun, pergghhh…memang hebat keluarga aku. Semuanya serba pantas dan cepat. Aku bernikah pada bulan Februari yang lalu dan sekarang isteri aku, Haslinda Bt. Dzulkefli sedang sarat mengandung 6 bulan anakku yang sulung. Hati mana yang tak seronok dapat melihat segala perkara yang dirancang berjalan dengan lancar. Aku tengok air muka emak dan ayah aku pun dah tahu betapa mereka gembira dengan rezeki yang melimpah ruah kurnian Tuhan, Syukur Alhamdulillah.

Pada hari esoknya pula, 19 Disember 2010 dilansungkan terus Majlis Bersanding adikku Muhammad Noor dan Nurulhuda dengan bertemakan warna orange. Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna. Seronok tengok adik aku Dee dengan Nurul bersanding atas pelamin. Teringat aku masa aku bersanding 9 bulan dulu, duduk je atas pelamin mesti kena senyum je! Pesan mak andam, ‘Baru nampak seri Raja Sehari’ tambahnya lagi. Lepas Makan Damai, semua kaum keluarga, sanak saudara yang bersama-sama rombongan pihak lelaki bergambar bersama pengantin. Ramai jugak yang bersama rombongan, lebih kurang 9 buah kereta yang kebanyakkan datang dari Pahang. Maklumlah kan, 2 pasangan pengantin sekaligus, mesti nak meriah dan bersama meraikan pengantin. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik keluarga sebelah emak aku kebanyakkan mereka dapat datang dan memang tak segan silu untuk bergambar. Selepas satu keluarga satu keluarga bergambar dengan pengantin. Keluarga sebelah emak dan ayah aku memang ramai, walaupun hanya 10 keluarga daripada 13 orang adik-beradik tetapi meriahnya umpama pergi menonton perlawanan bola sepak. Inilah dikatakan keluarga yang besar, satu pertalian yang tak akan putus sehingga ke anak cucu.
Persandingan adikku yang kedua, Muhammad Shuhaimi pula akan dilansungkan pada tarikh dan hari yang berlainan iaitu pada 1 Januari 2011 nanti. Angah aku ni suka memilih tarikh 1, dia bertunang pada 1 Mei 2010 dan berkahwin juga pada 1 haribulan, tapi nikah je 18hb, tapi masih ada 1 kan...hehe :-D. Tak kisahlah, janji semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Dan Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada 30hb Januari 2011. Majlis perkahwinan 4 pengantin yang aku rasakan nanti cukup meriah dan paling bermakna sekali bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi juga kepada kedua ibubapaku. Jadi segala persiapan telah dirancang dan barang-barang perkahwinan juga telah ditempah lebih awal. Insyaallah ramalan kaji cuaca juga mengatakan pada hari itu cuaca tidak terlalu panas dan tidak pula berlaku hujan, mendung berarak lalu la katakan..
Aku pulak ada belek-belek calendar, rupa-rupanya selepas majlis pihak lelaki nanti selang 2 hari selepas itu rupanya Tahun Baru Cina iaitu 3 & 4 Februari iaitu hari Rabu dan Khamis. Jika tak silap perkiraan aku, cuti sekolah selalunya seminggu dan aku rasakan tarikh aku balik ke Bentong, Pahang untuk menguruskan majlis disebelah lelaki nanti aku dapat bercuti lama. Baguih jugak la kalu macam tu, boleh aku tolong mana-mana yang patut. Sebagai anak yang paling sulung aku mesti membantu kedua ibubapaku, lagi-lagi nak buat majlis besar macam ni kan. Isteri aku pulak sempoi je, mesti dia dapat cuti jugak kan, tapi aku tak nak bebankan dia buat kerja-kerja berat. Lagipun isteri aku masa tu dah 7 bulan, mesti banyak berehat dan jangan buat kerja berat-berat. Malam 30hb hari bulan tu pulak aku dan isteri aku dah merancang nak buat kenduri Doa Selamat untuk isteri aku, semoga persiapan untuk menyambut kelahiran bayi aku nanti berjalan lancar dan selamat. Kenduri doa selamat itu juga untuk meraikan pasangan pengantin. Memang meriah dan aku akui inilah yang dikatakan adat orang Melayu yang penuh dengan simbolik keagamaan dan kesejahteraan. Memang yang baik itu dituntut sangat oleh Islam yang sentiasa menggalakkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi perkara-perkara mungkar. ‘Amal Makruf Nahi Mungkar’…
‘Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan’… Insyallah segala yang baik itu sentiasa menjadi rukun dan amalan dalam hidup kita. Aku juga nak mengambil kesempatan ini mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat adikku Muhammad Shuhaimi dengan Shuhaila dan Muhammad Noor dengan Nurulhuda. Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal sehingga ke alam Syurga, insyallah. Inilah sedikit coretan dari ceritaku. Ada masa nanti aku bercerita lagi dalam My Cerita. Sekian Terima Kasih..
ROMBONGAN PIHAK LELAKI bergambar kenangan bersama kedua mempelai.

Sunday, December 12, 2010

Anti Ngangkung

Salam. Kali ni aku nak bercerita tentang filem Ngangkung yang sekarang sedang ditayangkan di pawagam. Pada minggu lepas, hari ahad aku mengajak isteriku pergi ke Melaka, saja berjalan-jalan sambil makan angin kat sana. Aku bertolak dari rumah di Tangkak pukul 11.00 pagi dan sampai di Melaka lebih kurang 12.00 tengahari dan terus ke Mahkota Parade. Sambil pusing-pusing kat situ ternampak la Lotus Five Star (LFS) iaitu sebuah panggung wayang. Tengok list filem yang paling terdekat waktu tu ialah filem Ngangkung dan The Narnia, kedua-duanya pukul 2.00 petang. Aku bertanya pada isteriku, "cerita yang mana satu nak tengok yang"?. Isteri aku pun cakap "ikut abang la yea, ayang ikut je!". Hmm, mana satu yang best ek?. Narnia filem kanak-kanak dan imaginasi, boleh je layan. Filem Ngangkung pulak cerita Melayu yang aku fikir ntah apa-apa ntah. Lama jugak aku berfikir, last2 aku beli jugak Ngangkung coz dalam surat khabar, bukan main lagi GEMPAK promosi filem ni. Lagipun aku yakin, filem ni tak seseram mana coz trendnye komedi lawak. Pelakon-pelakon pun muka-muka lawak semuanya.
Tepat pukul 1.55 petang aku dah masuk panggung, siap beli pop corn dan ice lemon tea lagi. Masuk je, lcd dah mula tayangkan iklan filem-filem yang akan datang seperti Tron, Khurafat dan Aku Masih Dara (semua ni korang tahu kan bila masuk wayang, mesti ada iklan kan...). Start je filem Ngangkung aku dah mula tak senang duduk, mana tak yea terus je ada adegan ngangkung depan perigi buta. Lepas habis je Wak Jawa tu baca jampi serapah, keluarlah hantu perempuan dari dalam perigi. Memang syok juga sebab hantu buat lawak coz pegang buah dada Angah Raja Lawak yang tembam tu, pastu bagi makan kacang kat Azad Jazmin. Memang lawak masa tu sampai anak-anak dara yang duduk kat belakang aku sampai hilang malu nak gelak sampai tertendang-tendang kerusi aku. Mengenangkan aku bawak isteri aku je, kalu tak dah tentu aku melenting.
Dalam 15 minit pertama filem ni memang kelakar habis dan penuh dengan lawak kering punye. Selepas itu, iramanya dah mula slow. Aku mula rasa boring, plot cerita memang dah melalut dan macam-macam elemen kemanusiaan yang diaorang nak tonjolkan. Pinjam along la, pukul anak isteri la, jumpa doktor nak gugurkan kandungan la. Cerita yang awal tadi penuh dengan gelak ketawa dah mula boring. Aku mula la tak puas hati, mula la aku fikir ini ke filem Melayu yang kononnya dah mencecah 6 juta dalam tempoh 3 hari tayangan? Aku bosan dengan jalan cerita pertengahan hingga akhir filem ni, terlalu melalut dan takde humor lansung dah. Plot cerita terputus-putus dan macam caca marba je buat filem. Dengan hati yang mula panas dan menyampah ni, nak je aku keluar coz dah boring sangat dah. Tapi rugi jugak coz aku bayar RM20 untuk 2 keping tiket, kalu tak tengok sampai habis membazir namanye. Nak tak nak aku layan je la sampai habis. Keluar je panggung, aku dapat dengar suara-suara tak puas hati tengok filem ni. "MEMBOSANKAN"!, "Lepas ni kalu ada filem Melayu lagi kat pawagam, malas dah aku nak tengok, baik beli DVD cetak rompak lagi puas hati". Betul, aku memang tak puas hati tengok filem macam ni. Ni la dikatakan filem Melayu. "Filem Kita Wajah Kita".

Thursday, December 9, 2010

Aku dah ada blog sendiri...

Link from facebook
Setelah sekian lama aku mencuba dan tak tahu apa-apa tentang blog, sekarang aku dah pun memiliki blog sendiri. Mula-mula memang pening dan tak faham satu apa pun, banyak sangat link dan editing yang perlu dibuat. Memang pening, tapi disebabkan aku takde nak wat keja apa, maka bersungguh-sungguh jugak la aku membaca arahan nak publish blog ni. Sampai 'stay up' malam aku dibuatnya. Walaupun blog aku ni tak secanggih mana dan tak banyak sangat infomation yang ada, tapi kira ok la kan dah ada akaun blog sendiri. Memiliki blog seperti mempunyai 'kuasa' untuk public speaking yang akan dibaca oleh semua pengguna internet diseluruh dunia. Aku harap blog yang aku buat ini mampu menterjemahkan pemikiran aku tentang perkara yang tak dapat aku ceritakan secara lisan. Insyallah support dari rakan-rakan dan anak buah amat aku harapkan. Terima kasih daun keladi, ada masa join My Cerita lagi...

Poster

Hasil nukilanku sempena Maal Hijrah

Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita selagi kita masih bernafas di muka bumi bertuah ini. Syukur Alhamdulillah..
Sambutan Maal Hijrah di Malaysia selalunya disambut secara sederhana dan penuh kemakmuran berbanding negera-negara Islam lain. Namun begitu ianya kurang mendapat perhatian dan sambutan yang kita ingin lihat oleh anak-anak muda kita. Sering kali golongan remaja dan anak-anak muda lupa akan hari bersejarah dan amat penting ini dalam kehidupan mereka. Mereka lebih bersedia menyambut Tahun Baru 2011 yang akan datang ini berbanding peristiwa Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah 1432 tahun dahulu. Ini dikuatkan lagi dengan propaganda 'End Sale's' dikebanyakkan pasaraya-pasaraya gergasi di seluruh Malaysia. Bukan hendak menentang era hidup moden dan penuh sofistikated ini, namun sekadar berkongsi cerita didalam My Cerita ini.
Terima Kasih