Monday, December 5, 2011

MALAYSIA DREAM TEAM

"HARIMAU MALAYA SEPANJANG ZAMAN"
Created : Muhammad Shahril Bin Abdullah
Dalam memperkatakan pasukan “MALAYSIA DREAM TEAM” sepanjang zaman ini, aku mengakui inilah barisan yang paling mantap dan terkuat yang kita ada. Maksud aku ialah andai mereka ini (terdapat pengurus dan pemain yang telah meninggal dunia) disatukan dalam usia yang sama, pada waktu prestasi mereka yang terbaik dan pada zaman gemilang mereka dalam satu pasukan, aku yakin bendera Malaysia akan berkibar megah di pentas akhir Piala Dunia. Inilah pemain-pemain bola sepak bertaraf elit dan lagenda yang pernah dan akan Malaysia lahirkan. Penuh dengan semangat juang yang infiniti, skill yang memukau, kebolehan bermain bola sepak ‘total football’, memiliki ‘thinking game’ yang mantap dan barisan pemain simpanan yang ‘multi position’, merekalah HERO MALAYA yang sebenarnya. Bukannya artis-artis lelaki yang baru berlakon 2,3 drama dah diangkat hero, hero lembik! Sori2, emosional sikit. Aku bukan apa, aku  ni memang anti artis Malaysia, dah berapa tahun aku tak tengok drama Melayu. Menyampah aku!!!
Disini aku memperincikan serba sedikit kenapa aku memilih pemain-pemain ini sebagai “Malaysia Dream Team’ pilihan aku sendiri. Namun sebelum itu, aku memohon maaf andai apa yang aku perkatakan berbeza pendapat dengan anda semua, namun inilah ‘Pasukan Impian’ yang aku mahu dalam pasukan bola sepak Malaysia. Ramai yang aku percaya setuju dengan pilihan aku, tapi kalau anda ada pilihan lain boleh buat sendiri. Yang penting POSTER HARIMAU MALAYA yang kat atas ni aku buat sendiri. Original tau…

PENGURUS PASUKAN
DATUK AHMAD BASRI AKIL (ALLAHYARHAM)
-          Pengurus yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan pemain.
-          Sangat berdedikasi dalam membawa pasukan mencapai kemenangan dan kejuaraan.
-          Mempunyai misi dan visi yang jelas dalam sukan.
-          Mempunyai daya kepimpinan sukan yang terbaik, tidak mencampur adukan sukan dengan politik seperti pemimpin-pemimpin sukan sekarang.

JURULATIH
KEN WORDEN
-          Pakar taktikal dan sangat mahir dalam corak permainan pantas bola sepak.
-          Tegas dan berdisiplin dalam latihan dan perlawanan.
-          Memahami keupayaan dan kebolehan pemain-pemain dalam pelbagai posisi.
-          Tenang dan tidak mudah emosional, tetapi mulut dia ni celupar sikit!

1ST  ELEVEN

KHAIRUL AZMAN MOHAMMAD – Ketinggian 1.85m, tangkas menjaga gawang, mempunyai ciri-ciri penjaga gol ulung, cekap dan mampu memimpin rakan-rakan sewaktu dalam keadaan tegang. Aku umpakan dia seperti bekas penjaga gol Jerman yang macam singa Oliver Kahn. Memang penjaga gol terbaik negera selain Mendiang R. Arumugam yang digelar ‘Spiderman’..

MAHALI JASULI – Pemain pertahanan kanan yang rajin naik ke atas membantu penyerang dan juga melakukan serangan. Dia ni pemain serba boleh, dengan peha yang besar, mempunyai kekuatan untuk membuat sepakan yang padu. Aku nak nasihat dia sikit je, cuba belajar ambik free kick yang tajam dan padu seperti Roberto Carlos, jika dia mapu buat memang mantoopp aku cakap!!

SANTOKH SINGH – Pemain legend, seangkatan dengan Soh Chin Aun dan Mokhtar Dahari. Digelar ‘IRON MAN’ oleh peminat kerana berani, tangkas dan cekap mengawal pertahanan negara. Kaki kiri dan kanan beliau cukup kuat membuat sepakan keluar dari kawasan merbahaya. Fizikal yang mantap, seorang pemain pertahanan yang sejati dan berkarisma.

RADHI MAT DIN- Seorang pertahan yang cukup kental, stamina yang tinggi dan cukup handal semasa bola diudara. Beliau ada karisma tersendiri dan menjadi contoh dan Ketua Pasukan yang terbaik. Tak pernah kenal erti jemu mengawal pertahanan agar terus kebal dan mantap. Beliau aku sangat minat sebab bijak mengawal keadaan apabila kubu diserang, cepat recovery rakan-rakan.

AHMAD YUSOF – Seorang pemain serba boleh, mampu mengawal penyerang lawan dengan baik dan boleh membantu pasukan ketika dalam keadaan genting. Permainannya tenang dan steady je. Beliau ni antar idola aku semasa bermain dengan Pahang. Aku memang minat style permainan dia, tenang dan tak mudah gelabah mcm muslim ahmad (H.Muda A). Sekarang bertindak sebagai Jurulatih dan pasukan terakhir dibimbing ialah Kedah (2011).

ZAINAL ABIDIN HASSAN – Pemain yang serba boleh dan lincah, akitek tengah terbaik yang pernah dimilki oleh Malaysia. Asalnya beliau bermain diposisi tengah, kemudian penyerang dan boleh juga bermain di bahagian pertahanan. Banyak idea untuk melancarkan serangan. Zainal bagi aku memang pemain yang sangat hebat di atas padang, sekarang ini bertindak sebagai Jurulatih Pahang bersama Dollah Salleh. Dia dan Dollah Salleh merupakan ‘anak emas’ pasukan Pahang dan dikenali pasangan penyerang kembar terbaik Malaysia pada zaman kegemilangan mereka. Anaknya Zaiza sekarang bermain untuk Selangor.  

ABDUL GHANI MINHAT (DATUK)- Beliau merupakan seorang pemaian bola sepak yang dilahirkan untuk bermain bola sepak. Memang cukup tangkas dan licik. Kekuatannya oleh kederasaannya berlari mengejar bola, fizikal yang mantap dan sangat berdedikasi dalam bola sepak. Bola umpama melekat di kakinya apabila beliau membawa bola. Maka tak sangkal lagi memang sesuai beliau diberi jolokan ‘RAJA BOLA MALAYSIA’.

SOH CHIN AUN – Merupakan antara nadi tengah Malaysia yang sangat rajin mengawal bola dan merencanakan serangan. Antara tokoh bola sepak Malaysia yang idealis dibahagian tengah dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sumbangan beliau terhadap sejarah kebangkitan Harimau Malaya tidak boleh dipertikaikan, antara lagenda sepanjang zaman.

AZIZOL ABU HANIFAH – Anak jati Perak, merupakan pemain tengah yang komited dalam perlawanan, beliau ni akitek ke-2 terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia, cekap mengawal bahagian tengah dan mengambil sepakan percuma yang merbahaya. Namun isu rasuah semasa zaman kemuncak merupakan titik hitam beliau dalam arena bola sepak. Ketika ini masih lagi aktif bermain bola sepak di Perak. Bak kata pepatah ‘Wira yang tidak didendang’.

SAFEE SALI -  Pemain ini tak payah la aku ulas panjang lebar, memang pemain yang bagus. Bentuk fizikal mantap, laju, skill yang baik dan segalanya memang bagus. Sebab itu kelab Pelita Jaya, Indonesia ambil dia sebagai pemian import, memang dia bagus.

AZMAN ADNAN – Seorang penyerang tempatan yang berkualiti dan standing dengan pemain import semasa zaman kegemilangannya. Seorang penyerang yang prolifik, mempunyai instinct serangan yang hebat, jarang mempersiakan peluang didepan pintu gol. Antara penyerang terbaik negara dan cukup lincah dan laju.

MOKHTAR DAHARI (ALLAHYARHAM) – Inilah sebenar-benarnya Lagenda Teragung Bola Sepak Malaysia yang pernah dilahirkan. Anak jati Selangor ni membawa banyak kejayaan bersama pasukan Selangor dan Malaysia. Semangat juang yang tak pernah pudar dan menjadi idola bola sepak sepanjang hayat. ‘SUPERMOKH’ yang terus meresap dalam sanubari peminat bola sepak Malaysia. Tiada galang gantinya kehebatan beliau bermain bola sepak, digeruni oleh kuasa-kuasa besar bola sepak seperti Korea, Japan, dan China. Diberi pujian oleh Diego Maradona semasa perlawanan persahabatan Malaysia-Boca Juniors.

SIMPANAN
Pemain simpanan terdiri daripada KHAIRUL FAHMI CHE MAT, penjaga gol terbaik Malaysia ketika ini, mempunyai potensi cemerlang akan datang. K.GUNALAN, bertindak sebagai pertahanan yang mantap dan kebal. ISMAIL IBRAHIM juga pemain pertahanan yang mantap dan mempunyai karisma tersendiri diatas padang. NAZMI FAIZ MANSOR sekarang dijulang antara pemain tengah terbaik Malaysia walaupun usia baru belasan tahun, pemain yang penuh skill bola sepak yang jarang dimiliki oleh pemain Malaysia.  AFEENDI JULAIHI dikenali dengan larian yang deras macam ‘lipas kudung’, anak jati Sarawak yang cukup kental dan stamina yang tinggi. DOLLAH SALLEH merupakan seorang pemain serba boleh, letak la dia dimana sahaja posisi, pasti akan dilakukan dengan terbaaaiiiikkkk…

Okay, sekian sahaja penerangan dari pengulas, pengkritik dan peminat setia bola sepak HARIMAU MALAYA dan HARIMAU MUDA yang mempunyai pelbagai idealis yang hanya bertujuan untuk memeriahkan dunia bola sepak negara. Aku mengalu-alukan komen dan cadangan daripada anda sekalian pembaca budiman. Jumpa lagi dilain kali. Sekian Wassalam.  

Emas Bola Sepak Sukan Sea


Pada beberapa minggu lepas, negara gegar gempita dengan kemenangan Skuad Harimau Muda memenangi ‘ibu segala pingat emas’ dalam acara bola sepak di Sukan Sea ke-26 Palembang Jakarta 2011 yang lalu. Semangat pasukan Harimau Muda dibawah kendalian Jurulatih Ong Kim Swee sangat mengujakan peminat bola sepak yang menonton siaran lansung tersebut melalui televisyen. Sehinggalah tamat masa 90 minit permainan dan disambung 30 masa tambahan, kedudukan masih lagi terikat dengan 1-1, penentuan sepakan penalti menjadi penentu kepada siapa menjadi juara samaada Malaysia atau Indonesia. Apabila ketua pasukan Harimau Muda, Badrol Bakthiar mengambil sepakan penalti, bola menuju cantik ke gawang pasukan Indonesia walaupun sebelumnya ditepis oleh penjaga gol namun masih dikira gol. Dan gol itulah menjadi kemenangan mutlak pasukan Malaysia yang buat kali kedua berturut-turut memenangi pingat emas acara bola sepak sebelumnya di Laos pada tahun 2009. Aku yang menonton dirumah berderau darah tanda gembira hasil kemenangan pasukan Malaysia dalam acara yang menjadi sukan utama di Malaysia dan juga diseluruh dunia. Ego ‘ Sang Garuda’ akhirnya tumpas didalam cengkaman Harimau Muda yang begitu bersemangat dan berjuang hingga ke tamat perlawanan.
Tidak itu sahaja, kemeriahan dan kemenangan pasukan Malaysia dalam perlawanan bola sepak dalam sukan sea diteruskan lagi dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Cerita kemeriahannya tidak terhenti setakat itu sahaja, malah selepas 48 jam perlawanan akhir itu Malaysia bertemu pula pasukan Syria dalam persaingan kumpulan kelayakan Olimpik 2012, namun nasib tidak menyebelahi Malaysia walaupun mendahului dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama, namun kealpaan 10 minit terakhir menjadi punca Malaysia bolos 3 gol dan menyebabkan kehampaan hampir seluruh penonton dan penyokong Malaysia pada malam itu. Nasib tidak menyebelahi skuad Malaysia pada kali ini.
Itulah serba sedikit kemeriahan bola sepak di Malaysia ketika ini. Sukan bola sepak mula menunjukkan peningkatan selepas memenangi emas Sukan Sea pada 2009, seterusnya menunjukkan kebangkitan dalam Piala AFF Suzuki 2010 dan yang terbaru Sukan Sea 2011. Para penyokong mula membanjiri stadium tanda sokongan kepada pasukan Malaysia. Kemeriahannya sungguh berbeza 10 tahun dahulu. Mungkin pada masa itu mutu bola sepak negara jatuh merudum namun berbeza pada ketika ini. Dengan kebnajiran anak muda mengelarkan diri mereka Ultras Malaya, UltraSel dan Tok Gajah Club dan beberapa lagi kumpulan penyokong lain, kegamatan stadium riuh rendah dengan sokongan mereka. Seronok aku tengok walau hanya dari television. Teruskan semangat penyokong kita.

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum W.B.T..

        Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin. Syukur alhamdulillah, jika tahun lepas aku hanya beraya bersama isteriku, tapi tahun ni kami dah bertiga bersama anak kesayanganku Qisya Nur Maisara.
 
        Semasa awal puasa lagi isteri aku dah mula sibuk mencari baju2 untuk matchingkan dengan baju kami anak beranak. Seronok bukan main maknye membelikan baju anak kesayangan dia tu. Aku pun tumpang sekaki, mana yang berkenan ambik je mama..hehehe..

       Ok, tahun ni giliran keluarga aku pulak beraya pada hari pertama sebab tahun lepas aku beraya di Kulaijaya, so tahun ni kat Bentong, Pahang pulak. Sambutan tetap meriah seperti mana ditempat2 lain, tapi ada satu yang istimewa di Pahang iaitu makanan kegemaran aku di pagi raya iaitu Lemang dimakan bersama Rendang Tok yang dibuat oelh mak aku. Yang istimewanya ialah lemang tersebut dibuat secara bergotong royong oleh adik-beradik aku sendiri. Dari merendam pulut, memasukkan pulut dalam buluh sehinggalah membakarnye semua dibuat oleh adik-beradik aku sendiri. Mak dan Ayah cuma tengok kan je. Dan part yang paling lama ialah membakar lemang dimana selalunye mengambil masa selama 4 jam. Dan selalunye jugak part ini diserahkan kepada aku, memang dari dulu kalu part membakar lemang akulah orangnya..

Friday, August 19, 2011

Logo dan tema Hari Kebangsaan 2011

Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada tahun ini Sambutan Kemerdekaan kali ke-54 pada 2011 ditangguhkan kepada 16 September 2011 sempena Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 30 -31 Ogos 2011.
Tema Hari Kemerdekaan ialah "1Malaysia, Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera"
Bersama-samalah menyambut Hari Kemerdekaan ini dengan penuh rasa bangga dan bersyukur atas keamanan yang kita kecapi..

MERDEKA!!   MERDEKA!!   MERDEKA!!!!!......



Tuesday, April 26, 2011

Permata Citra Hatiku...

Salam..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan rahmatNya, isteriku Haslinda Bt. Dzulkefli telah selamat melahirkan anakku  pada 14 April yang lalu. Genap kandungan 9 bulan, 10 hari isteriku mengandungkan anak sulungku dan tepat jam 8.48 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, isteriku telah selamat melahirkan seorang anak perempuan. Berita gembira ini tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata, hanya laungan Azan dan Qamad dapat ku bisikkan di telinga anakku tanda bersyukur atas kelahiran seorang puteri yang seiras ibunya. Pada mulanya terketar-ketar jugak tangan aku memegang seorang bayi yang comel untuk ku kendong buat pertama kalinya. Dalam hatiku takut jugak nak pegang dia sebab badannya kecil sahaja iaitu berat semasa lahir 2.55kg sahaja. Tp isteriku cakap ‘takpe papa, pegang je..’. Aku kuatkan semangat dengan lafaz bismillah aku angkat perlahan-lahan anakku di tanganku. Hampir menitis air mataku melihat wajahnya yang kemerah-merahan dan dengan mata yang terkebil-kebil memandangku. Lama juga aku perhatikan matanya, cantik matanya seiras ibunya juga. Tersenyum aku melihatnya, rupa anakku memang seiras ibunya, dari segi mata, hidung, mulut memang saling tak tumpah seperti ibunya sendiri. Ya Allah, sungguh aku bersyukur atas anugerah yang di Kau berikan. Jika semasa isteriku masuk ke Dewan Bersalin seawal jam 6 pagi, perasaan takut, resah, risau semua ada masa aku menunggu di luar. Tetapi bila menatap wajah anakku, hilang segala perasaan itu. Aku rasa seperti batu besar yang diletakkan atas bahu ku terus hilang apabila melihat senyuman anakku.  Hati lelaki atau suami mana yang tak gembira melihat anak kandungnya sendiri, lahir dengan selamat dan sempurna sifatnya. Lagi-lagi kalu rupanya ada iras-iras diri kita sendiri.
Bila selesai je Azan dan Qamat, aku mengucapkan tahniah dan terima kasih yang teramat sangat kepada isteriku. Betul kata orang, semasa seorang perempuan itu hendak bersalin seumpama nyawa berada di hujung tanduk, bertarung nyawa untuk melahirkan seorang umat Nabi Muhammad. Semasa isteri dalam keadaan sakit hendak bersalin, waktu itu didalam Dewan Bersalin aku sempat menjenguknya seketika sekitar 5 minit. Aku berikan peransang, aku berikan semangat agar isteriku kuat dan mampu menghadapi saat-saat paling menyakitkan bagi seorang yang bakal bergelar seorang ibu. Aku lihat keadaan isteriku cukup terseksa, tapi apa yang mampu aku lakukan. Hanya solat hajat yang dapat aku lakukan selepas berjumpa dengan isteriku, aku berdoa agar dipermudahkan dan meringankan kesakitan yang dialaminya. Dan kira-kira 8.48 pagi, aku dikhabarkan berita oleh Jururawat yang bertugas disitu bahawa isteriku telah selamat bersalin. Aku diminta untuk mengazankan anakku sendiri, mengikut sunnah nabi, sebaik-baiknya bapa kandung mengazankan sendiri agar perkataan pertama yang didengarinya ialah kalimat kebesaran Allah yang maha esa. Dan secara rasminya ku namakan puteri sulungku itu dengan nama Qisya Nur Maisara Binti Muhammad Shahril.
Maksud nama anakku :
                Qisya                     :               Hidup dalam keadaan baik
                Nur                        :               Cahaya
                Maisara                  :               Kebahagian, Kemakmuran, Kekayaan dan Keamanan.
Dan apabila digabungkan bermaksud ‘Hidup dalam keadaan yang baik diseliputi kebahagian, kemakmuran, kekayaan dan keamanan.. Walau apapun yang orang katakan tentang nama anakku, aku dan isteri amat menyukai nama tersebut dan memberi makna yang besar kepadaku sekeluarga. Senang disebut, manja bunyinya dan mempunyai makna yang baik. Syukur Alhamdulillah, setakat artikel ini ditulis anakku berada dalam keadaan yang baik. Cuma kalu menangis dan meragam sedikit waktu malam itu adalah perkara biasa terutama bila nak menyusu. Bagi seorang bayi, menangis ialah cara untuk memberitahu ibubapanya yang dia lapar dan haus...
Namun begitu, aku terlebih dahulu mohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar-gambar anakku kerana aku mempunyai pendirian sendiri. Bagi aku, aku tak mahu merampas hak anakku hanya semata-mata nak memuaskan hati orang lain. Aku tidak akan upload gambar anakku ke Facebook atau dalam blog buat sementara waktu ini, akan datang insyallah. Jika mahu melihat anakku, pintu rumahku terbuka luas untuk semua hadir dan datang. Bagiku,biarlah kita berbalik kepada cara yang lama, kunjung mengunjung dan secara tak lansung mengeratkan tali ikatan silaturrahim. Dengan cara itu aku menghormati hak anakku sendiri dan aku yakin rakan-rakan, saudara mara dapat memahami pendirian aku ini.
Akhir kata Terima kasih aku ucapkan kepada semua rakan-rakan aku dan isteriku yang selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan aku sekeluarga. Juga tidak lupa kepada kedua ibubapaku dan ibubapa mertuaku yang banyak berkorban untuk kebahagiaan kami. Juga kepada adik-beradik samaada adik beradik kandung atau ipar duai, terima kasih aku ucapkan. Jasa dan budi kalian semua tidak akan kami lupakan selama-lamanya.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada semua Jururawat dan para Doktor yang bertugas dan menyambut anakku di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Baru ku tahu betapa sukar dan susahnya menjadi seorang jururawat dan doktor ini, apatah lagi bila bertugas di bahagian wad bersalin. Sungguh mulia dan besar pahalanya. Terima kasih kepada Puan Zalina Bt. Kamaludin, jururawat yang menyambut kelahiran Qisya dan Doktor-doktor yang menyambut dan merawat isteriku. Maaf kerana tidak mengingati nama Doktor sekalian,namun Jutaan Terima Kasih aku ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Allah sahaja yang mampu membalas budi anda semua.
Jutaan terima kasih aku ucapakan sekali lagi.
Kita berjumpa lagi di lain kali di mycerita..

Friday, March 25, 2011

Badai Tsunami 2011 Japan

Salam. Pada ketika ini kita meratapi kesengsaraan rakyat Jepun akibat dilanda Tsunami. Tsunami dalam bahasa Jepun bermaksud 'Ombak di pelabuhan' dikatakan membadai dan membinasakan bandar Fukushima setinggi 10 meter atau lebih kurang 8 tingkat bangunan. Gegaran plat tektonik didasar laut pada 2.46 petang 10 Mac 2011(waktu Malaysia) menyebabkan gelombang air berkocak dalam skala yang sangat besar dan jarak perjalanan tsunami tersebut mencapai sehingga 150 ribu kilometer di Lautan Pasifik.
Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 9 737 orang disahkan meninggal dunia dan sebanyak 16 423 ribu lagi masih hilang dan tidak dapat dikesan. Gegaran gempa bumi yang dilaporkan dengan kekuatan 8.9 skala richer merupakan gegaran yang paling kuat pernah dialami sesebuah negara dalam 140 tahun kebelakangan ini. Dengan jumlah kekuatan ombak yang berkelajuan 80 km/jam dan bergerak ke tanah bandar-bandar di Jepun merupakan malapetaka yang maha dahsyat dapat kita lihat selepas kehancuran Acheh pada tahun 2004 yang lalu. Ombak tsunami yang dapat dilihat didalam siaran berita di television dan rakaman video di Youtube benar-benar menakutkan. Saya telah lihat beberapa video yang diedarkan di Youtube dengan pelbagai tempat dan situasi.
Kelajuan air yang sangat laju sehingga meranapkan bangunan, rumah, kenderaan serta apa sahaja yang berada dilaluannya sehingga penduduk di Fukushima tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka. Perkara pertama pada pemikiran mereka apabila berlakunya tsunami ialah mencari tempat perlindungan iaiatu kawasan yang tinggi seperti bumbung rumah, bukit, atas bangunan dan sebagainya. Namun pihak kerajaan tempatan dikatakan telah menyediakan siren amaran sebanyak 3 kali kepada penduduk di sekitarnya.



Selain daripada itu, letupan loji nuklear di Fukushima Daiichi Nuclear Power Station menyebabkan kebimbangan kepada rakyat Jepun tentang kesan radiasi kepada rantaian makanan dan sumber air. 2 loji iaitu Loji 2 dan 3 meletup pada 3.54 petang, kira-kira sejam selepas gegaran berlaku.