Pada beberapa minggu lepas, negara gegar gempita dengan kemenangan Skuad Harimau Muda memenangi ‘ibu segala pingat emas’ dalam acara bola sepak di Sukan Sea ke-26 Palembang Jakarta 2011 yang lalu. Semangat pasukan Harimau Muda dibawah kendalian Jurulatih Ong Kim Swee sangat mengujakan peminat bola sepak yang menonton siaran lansung tersebut melalui televisyen. Sehinggalah tamat masa 90 minit permainan dan disambung 30 masa tambahan, kedudukan masih lagi terikat dengan 1-1, penentuan sepakan penalti menjadi penentu kepada siapa menjadi juara samaada Malaysia atau Indonesia. Apabila ketua pasukan Harimau Muda, Badrol Bakthiar mengambil sepakan penalti, bola menuju cantik ke gawang pasukan Indonesia walaupun sebelumnya ditepis oleh penjaga gol namun masih dikira gol. Dan gol itulah menjadi kemenangan mutlak pasukan Malaysia yang buat kali kedua berturut-turut memenangi pingat emas acara bola sepak sebelumnya di Laos pada tahun 2009. Aku yang menonton dirumah berderau darah tanda gembira hasil kemenangan pasukan Malaysia dalam acara yang menjadi sukan utama di Malaysia dan juga diseluruh dunia. Ego ‘ Sang Garuda’ akhirnya tumpas didalam cengkaman Harimau Muda yang begitu bersemangat dan berjuang hingga ke tamat perlawanan.
Tidak itu sahaja, kemeriahan dan kemenangan pasukan Malaysia dalam perlawanan bola sepak dalam sukan sea diteruskan lagi dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Cerita kemeriahannya tidak terhenti setakat itu sahaja, malah selepas 48 jam perlawanan akhir itu Malaysia bertemu pula pasukan Syria dalam persaingan kumpulan kelayakan Olimpik 2012, namun nasib tidak menyebelahi Malaysia walaupun mendahului dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama, namun kealpaan 10 minit terakhir menjadi punca Malaysia bolos 3 gol dan menyebabkan kehampaan hampir seluruh penonton dan penyokong Malaysia pada malam itu. Nasib tidak menyebelahi skuad Malaysia pada kali ini.
Itulah serba sedikit kemeriahan bola sepak di Malaysia ketika ini. Sukan bola sepak mula menunjukkan peningkatan selepas memenangi emas Sukan Sea pada 2009, seterusnya menunjukkan kebangkitan dalam Piala AFF Suzuki 2010 dan yang terbaru Sukan Sea 2011. Para penyokong mula membanjiri stadium tanda sokongan kepada pasukan Malaysia. Kemeriahannya sungguh berbeza 10 tahun dahulu. Mungkin pada masa itu mutu bola sepak negara jatuh merudum namun berbeza pada ketika ini. Dengan kebnajiran anak muda mengelarkan diri mereka Ultras Malaya, UltraSel dan Tok Gajah Club dan beberapa lagi kumpulan penyokong lain, kegamatan stadium riuh rendah dengan sokongan mereka. Seronok aku tengok walau hanya dari television. Teruskan semangat penyokong kita.